"Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin"



"Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin"

Pernah dengar tak ayat di atas? 
Aku pernah dengar huraian dari seorang ustaz pasal ayat ni dulu. Aku pun dah tak ingat kat TV or live. Dah terlampau lama, zaman sekolah punya memori. Aku flashback balik untuk share dengan semua.

"Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin"
Maksudnya: Perkara jahat yang dilakukan oleh manusia seperti memfitnah, membunuh, berzina dan seumpama dengannya adalah perkara yang paling baik bagi jin. 

Bayangkan kalau semua itu adalah perkara paling baik bagi jin, bagaimana agaknya perkara paling jahat bagi jin kan? Sebab tu jin cuma ketawa jika berlaku bunuh membunuh sesama manusia, sesama bangsa, sesama agama. Itu hanyalah perkara ringan sahaja seperti rutin harian mereka. 

Kita selalu tertanya-tanya.. 
Sanggup seorang anak membunuh ibunya?
Sampai hati seseorang itu menyantau kawan baik sendiri?
Tergamaknya saudara menyihir/mengilmu hitamkan saudara sendiri?

Jawapannya, memang mereka sanggup, sampai hati dan tergamak kerana mereka bersekutu dengan jin. Mungkin juga fikiran dan hati mereka telah dirasuk dan dikawal oleh jin. 

Kembali pada ayat tadi, "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin"
Maka apalah sangat perbuatan-perbuatan tersebut kalau sudah terikut-ikut perangai jin. That's a small matters bro. Iye dok? 

Sebagai manusia biasa dan hamba Allah, jangan pernah lupa pada Maha Pencipta. Jin dan syaitan tidak pernah penat dalam mengambil kesempatan atas kelalaian manusia. 

"Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin"


No comments: