DONT'S and DO'S in nisfu Sya'ban


Assalamualaikum


Masuknya nisfu Sya'ban buku amalan di kiri dan kanan kita akan ditukar baru. Wah, rasanya seolah-olah kita memulakan hidup baru. BESTNYAAA !! Jom la kita ramai2 jaga 'diari' baru kita ni dengan penuhkan amalan kebaikan dan kurangkan amalan kejahatan. 

Memandangkan ramai yang tidak tahu "DO's and DONT's" semasa di dalam nisfu Sya'ban, so eqaloveto nak kongsi sedikit ilmu dengan korang :)


Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nisfu Sya'ban (hari 15 Sya'ban). Ada yang mengatakan ianya haram. Mari kita tengok:

Berpuasa selepas 15 Sya'ban adalah haram tetapi ada pengeculiannya.


1)  Puasa sunat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari2 yang berada di Nisfu pertama
Mulakan puasa pada 14 Sya'ban dan berterusan dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.


2)  Puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang 
(yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.


3)  Puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat


4)  Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan


Kabaikan yang digalakkan pada hari Nisfu Sya'ban dan seterusnya:

1)  Sebaiknya kamu membaca Yassin sebanyak tiga kali dan setiap sekali bacaan disertakan dengan satu doa. Contohnya, Yassin pertama doakan dimurahkan rezeki. Keduanya, dijauhkan bala. Ketiganya, disayangi ramai orang.


2)  Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Nabi Muhammad SAW.

3)  Bertaubat dan menyesal dengan dosa2 lampau.

Insya'allah Allah SWT memakbulkan doa2 mereka yang berdoa di malam nisfu Sya'ban iaitu dari masuk waktu maghrib dan sebelum terbitnya matahari.

#sumber: hikmah.org.my dan portal masjid seberang prai utara

3 comments:

Anonymous said...

nice.... :)

Nadrah said...

great info !

Muhammad Dhamiri said...

Salam alaik...info yang amat baik dan ingin saya terangkan tentang amalan membaca yasin itu tidak semata2 surah yasin sahaja, tapi boleh sahaja membaca mana2 surah...:) moga bermanfaat untuk semua.